APAKAH SEBENARNYA PENYAKIT ENDOMETRIOSIS?
penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu
dari selaput dalam rahim yang digelar ′endometrium′ telah tumbuh di luar rahim.
selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. oleh itu campuran darah
dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta
kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ′darah kotor′ atau darah
haid.
APAKAH TANDA-TANDA ATAU GANGGUAN?
tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut
ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. senggugut ini mungkin dialami
dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun
selepas berkahwin. ada sesetengahnya lega sekejap selepas berkahwin dan
melahirkan anak, tetapi senggugut ini akan timbul semula akibat daripada
penyakit endometriosis. kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum
datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian
ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.
biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi
jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin
akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala
kesakitan masih ada lagi. ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di
peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding atau otot rahim.
gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. ini adalah masalah
besar di kalangan penghidap-penghidap penyakit endometriosis. mereka tidak
sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka
sukar untuk mengandung, samaada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan
seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.
So...be careful ladies...kesakitan yang dianggap normal sebelum ni,
mungkin tidak lagi normal...so selalu2 la buat pemeriksaan dengan doktor
ye...cara terbaik, boleh minta doktor 'scan' perut anda ketika anda haid kerana
pada masa tersebut sel2 endo sedang membengkak.
No comments:
Post a Comment